Perbezaan kandungan rummpai laut ungu dan yang putih dikatakan memiliki bahan antoksida pada rumpai laut yang berwarna ungu. Ini kerana dari pembawaaan warna pigment ungu. apa tu ANTIOKSIDA ?....sila baca maklumat seterusnya.....
ANTIOKSIDA
Bahan antioksida merupakan bahan kimia yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Bahan ini menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan tekanan oksidatif.
Ada beberapa bentuk bahan antioksida, di antaranya vitamin, mineral, dan fitokimia. pelbagai jenis bahan antioksida ini berkerja bersama dalam melindungi sel normal dan meneutralkan radikal bebas.
TUBUH LEBIH TAHAN SERANGAN PENYAKIT
Kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.
MENDAPAT KEMBALI KEANJALAN, KELEMBUTAN KULIT
MENDAPAT KEMBALI KEANJALAN, KELEMBUTAN KULIT
Ia mempercepat
pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain
melindungi dari sinaran ultra violet.
PERTUMBUHAN RAMBUT LEBIH BAIK DAN KELEMUMUR AKAN HILANG
PERTUMBUHAN RAMBUT LEBIH BAIK DAN KELEMUMUR AKAN HILANG
Sel rambut akan mendapat tenaga dan
zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.
MENGATASI MASALAH PENYAKIT
DEGENERATIF DAN MASALAH USIA UMUR LANJUT Anti oksida semulajadi dalam rumpai laut adalah penghambat pembentukan radikal bebas.
Kebaikan antioksida Bantu atasi masalah penuaan pertingkat ketahanan sel badan
KONSEP
kembali ke alam semula jadi menjadi semakin popular bagi yang ingin
memelihara kecantikan dan kesihatan diri. Penggunaan bahan semula jadi
khsusunya yang mengandungi antioksida terutama tumbuh-tumbuhan dalam
merawat kecantikan juga semakin banyak digunakan dalam produk kecantikan
hari ini.
Menyedari kepentingan antioksida, kebanyakan pengeluar
produk berkaitan kecantikan sama ada pemakanan mahupun penjagaan kulit
mendakwa produk dihasilkan mengandungi bahan anti oksida khususnya yang
menggunakan tumbuh-tumbuhan semula jadi.
Bagaimanapun sebagai
pengguna, harus berhati-hati dengan dakwaan ini kerana antioksida
sebenarnya bukanlah sejenis ‘bahan’, tetapi fungsi bahan tertentu yang
bertindak secara khusus ke atas kulit. Antara cara paling berkesan bagi
memperlahankan kerosakan akibat radikal bebas adalah dengan memakan
makanan yang mengandungi antioksida.
Hasil kajian saintifik juga
menunjukkan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan mengandungi bahan
antioksida yang mengekalkan kesihatan dan mencegah pelbagai jenis
penyakit dialami manusia hari ini. Antaranya, buah quince yang terkenal
dengan warna kuning keemasan ini, dikatakan kaya dengan antioksida yang
bermanfaat untuk awet muda.
INFO: ANTIOKSIDA
* Amat penting bagi menentang radikal bebas yang menyebabkan masalah
penuaan dan pelbagai penyakit lain seperti barah. Radikal bebas masuk ke
tubuh apabila kita menyedut udara yang tercemar seperti asap rokok. Ini
menyebabkan berlaku proses pengoksidaan yang merosakkan sel sihat dan
menyebabkan anda tampak tua dan kurang sihat. Bagi mengatasinya,
antioksida digunakan bagi mengawal proses pengoksidaan ini.
* Antioksida adalah penawar semula jadi yang boleh mengawal dan menyingkir radikal bebas. Ia memperkukuhkan ketahanan sel badan dan merangsang pembaikan sel dengan pantas dan juga dapat membaiki DNA yang rosak akibat radikal bebas itu.
* Lebih menarik, antioksida juga terbukti dapat memperlahankan proses penuaan kerana antioksida adalah pembersih dalaman badan dan pengawet muda dengan meneutralkan radikal bebas, selain memainkan peranan penting bagi membina dan mengekalkan kekebalan badan. Ini berlaku dengan menggalakkan gerak balas dalaman yang meningkatkan kebolehan badan untuk menangkis organisme pembawa penyakit yang menyerang badan seperti bakteria dan virus serta organisme lain yang menyumbang kepada proses penuaan.
* Mengamalkan pemakanan seimbang dan pelbagai makanan yang kaya dengan antioksida dalam menu harian dapat membekalkan badan dengan bekalan antioksida secukupnya.

Dari mana datangnya radikal bebas dan apa kesannya?
Sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Di dalam proses tersebut, kadang-kadang oksigen akan bertindakbalas dengan sebatian badan dan menghasilkan molekul yang sangat tidak stabil. Molekul ini dikenali sebagai radikal bebas. Selain dari proses biasa badan kita, faktor alam sekitar seperti pencemaran udara, asap rokok, radiasi, bahan kimia dan lain-lainnya akan menambahkan lagi pembentukan radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah radikal bebas melebihi daripada yang mampu dihapuskan oleh sistem badan. Keadaan dikenali sebagai stres pengoksidaan.
Radikal bebas adalah molekul yang elektronnya tidak mempunyai pasangan. Ini membuat ia menjadi tidak stabil dan tersangat reaktif. Untuk kembali stabil, radikal bebas akan segera merampas elektron dari sebatian yang stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan kita. Pencerobohan ini merosakkan sel, merubah fungsi dan juga DNAnya. Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut. Semakin usia meningkat semakin bertambahlah sel badan yang rosak, justeru semakin banyaklah fungsi semula- jadi badan yang tergendala dan ianya mengundang berbagai masalah kesihatan.
Kajian-kajian yang dijalankan di zaman moden ini telah menemui pertalian antara stres pengoksidaan dengan lebih dari 200 jenis penyakit. Antaranya kanser, arthritis, kencing manis, penyakit buah pinggang, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, buta akibat usia dan lain-lain penyakit degeneratif.
Bagaimana menangani radikal bebas?
Badan kita memerlukan anti-oksidan untuk memusnahkan radikal bebas. Namun begitu badan kita tidak mengeluarkan anti-oksidan, ia bergantung kepada bekalan yang diperolehi dari makanan kita. Seperti yang telah diketahui ramai, anti-oksidan boleh diperolehi dari Vitamin C, Vitamin E dan beta karotina.
Kajian-kajian yang dijalankan oleh beberapa institusi mendapati bahawa sumber terbaik anti-oksidan boleh diperolehi dari berbagai-bagai jenis tumbuhan.
Terdapat beberapa produk pemakanan tambahan . Ia digabungkan dengan beberapa buah-buahan lain yang mengandungi kandungan anti-oksidan yang tinggi dan ditambah dengan bahan-bahan lain untuk memperbaiki sistem badan yang telah rosak akibat serangan radikal bebas.

Kecantikan melalui kulit dan kebaikan antioksdia
Radikal bebas daripada proses pengoksidaan sering kali merupakan musuh utama bagi kecantikan
kulit. Ia adalah sangat reaktif dan boleh disumbangkan oleh faktor
persekitaran, makanan dan juga daripada tubuh kita sendiri. Serangan
radikal bebas boleh menyebabkan kerosakan dan kematian sel-sel serta
mempercepatkan proses penuaan kulit atau penuaan pramatang, dan
menganggu kecantikan secara nyata.
Selain itu, radiasi ultraungu (UV) daripada matahari juga boleh
mengganggu penghasilan kolagen kulit dan meningkatkan kadar
degradasinya. Kolagen adalah sejenis protein yang penting untuk kekuatan
dan integrasi kulit. Degradasi terhadap kolagen boleh mempercepatkan
proses penuaan kulit dan pembentukan kedutan pada permukaan kulit.
Kedutan terhasil secara halusi menyumbang faktor kesan kepada kecantikan
kulit itu sendiri.
Bentuk antioksida yang paling baik untuk melindungi kulit anda
daripada pendedahan matahari dan radikal bebas adalah pengambilan
vitamin dan mineral yang secukupnya dalam diet anda.Nutrien seperti
beta-karotena, vitamin B6, vitamin C, vitamin E, mineral zink dan
selenium memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan dan kecantikan
kulit. Pengambilan antioksida yang mencukupi ini boleh mencegah
kerosakan sel-sel kulit akibat radikal bebas. Sistem utama bagi menjamin
kecantikan kulit adalah perlindungan dari dalam dan dengan itu
pengambilan nutrien adalah amat penting.
Kecantikan dan kepentingan vitamin mineral
Beta-karotena juga dikenali sebagai Pro-vitamin A yang boleh
diperoleh daripada buah-buahan dan sayur-sayuran berfungsi sebagai
antioksida dan mampu meneutralkan radikal bebas dengan berkesan.
Vitamin C pula diperlukan dalam proses penghasilan kolagen kulit. Ia
menyerupai fungsi vitamin E sebagai nutrien anti-radikal bebas utama
yang boleh melindungi sel daripada serangan radikal bebas dalam tubuh
serta melawan kesan kerosakan radikal bebas.
Sebagai bahan ANTIOKSIDAN didalam tubuh yang berfungsi
untuk melawan dan melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan oleh radikal
bebas yang menyebabkan penyakit-penyakit kronik seperti darah tinggi,
sakit jantung, stroke , barah dsbgnya. Radikal bebas ini terhasil secara
semulajadi didalam tubuh kerana proses-proses biokimia didalam badan
dan juga disebabkan oleh faktor luaran seperti pencemaran ( air, udara ,
makanan) , stress, toxin , pancaran sinar ultra ungu ( UV light ) dari
matahari dsbgnya
Sumber daripada:-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan